Posts

Showing posts from 2013

suatu hari raya

Image
Assalamualaikum... sekian lama tak mengupdate blog , dah macam tuan punya blog ni dah jadi arwah gayanya . Kalau di ikutkan, dah boleh naik taraf blog ni taraf blog pusaka untuk warisan anak cucu . Boleh pamer kat muzium jadi blog antik lagi . ok ayat kau nak over melampau kan. Niat di hati memang banyak kali nak update. Tapi kemalasan nak on lappy , sign in , loading ,makan cekedis, taip , tunggu , kencing , post itu yang macam emmmm emmmm esoklah buat . Nak-II lagi bila dah bergelar student UiTM ni orang kata sibuk lah dengan kelas kan *flip assigment , padahal pantang balik bilik membuta je kerja aku . bukan apa pantang aku masuk bilik je dah terjojol katil aku dengan bantal busuk mana nak tahan nafsu guling-II atas katil lepas tu buat peta vietnam atas bantal busuk aku kan. kesudahanya tak bersudah dengan tidur aku. Disebabkan sekarang ni musim raya , bila kat rumah kurang sikit godaan katil dengan bantal busuk aku tu sebab  dalam bilik kan. Masuk rumah baru nampak ruang ta...

Ramadhan

Image
Assalamualaikum..... Di petang yang hening lagi bening ni , sesedap aku mengunyah kopok sambil bergolek-II atas lantai dalam bilik macam tenggiling kehausan ditambah dengan alunan lagu kepop gangnam style tetibe adik aku kecoh pasal Bulan Puasa nak dekat . Kecoh bukan apa tapi sebab tak ganti lagi puasa dari tahun lepas pastu mulalah cecuak puasa nak dekat takut kan tahun depan kena ganti double puasa. Almaklumlah duduk kat rumah ni bila time nak ganti puasa maka godaan syaiton nirojim kemain lagi menggoda kau persis wanita pisau cukur . Nak-II lagi bila mak kau masak time lunch tu mulalah memasing yang tengah ganti puasa meleleh air liur macam air terjun . Aku yang dalam bilik ni mendengar jelah kekecohan adik-II aku kat ruang tamu pasal puasa nak dekat. Yang best bila ada yang dah berangan nak baju raya sampai sepuluh pasang , hamek kau tu bukan nak beraya tapi nak bukak butik baju raya teghuh. Dalam kekecohan itu maka aku pun teringat zaman puasa aku time kekecik and kat asrama de...

pesanan buat bakal suamiku

Assalamualaikum.... Buat bakal suamiku , tujuan pesanan ini dibuat untuk mu kerana saya ingin berterus terang tentang segala benda yang tidak terang selama ini sebelum kita bernikah dan melayari bahtera kapal titanic agar tidak tenggelam terlanggar batu karang kelak. Almaklumlah dirimu yang malap-II macam bangla ,  ok saya sedikit bergurau jangan ambil hati . Sejujurnya saya  mengatakan bahawa pertama kali kita bersua rupa , awak dah jatuh hati dekat saya. Saya tak terkejutlah sebab saya sedar saya ni cantik macam Miranda Kerr , badan pun selim kalah Neelofa kan jadi memang patut lelaki kaya macam awak nak kat saya kan. Ok kalau nak buang saya kat gurun Sahara pun dah boleh ni sebab over perasan . Saya ingat lagi pertama kali awak nampak saya tak berkelip mata awak, saya ingatkan time tu ketiak saya berpeluh sebab saya baru lepas lari balapan dikejar anjing gila sawan, puas saya angkat ketiak saya tapi takde peluh pun. Lepas tu tetibe awak panggil sorang budak bangla suruh...

tips untuk kurus

Image
Assalamualaikum Disebabkan bosan jadi aku decide nak buat tips untuk post aku kali ni iaitu "kurus" . Almaklumlah kan aku ni antara golongan wanita yang berbadan selim tahap model Victoria Secret's tu , yang kalau peposing depan kamera fulamak , ok aku dah start riak ni  campur kekembang idung sesorang , Astagfirullah . Ok cukuplah dengan riak tak berniat aku tu, kita kembali kepada tujuan asal aku yang sebenarnya . Tips aku ni banyak aku cedok dalam artikel , gugle and majalah so bukannya aku memandai cedok tips ni dalam longkang ke hape kan so jangan risaulah tips ni boleh diguna pakai cuma mungkin penggunaan bahasa aku nanti yang sedikit over , biasalah eksited pes time buat tips kat blog. Tambahan kalau ikut siasatan aku Kadar Obesiti di  Malaysia adalah pada ranking ke-6 daripada 48 buah negara Asia. Ok tak bangga sangat lah kan tak dapat ranking first tapi kira teruk lah tu Obesiti kat Malaysia ni . Bendalah yang orang Malaysia ni makan sampai dapat ranking cemerl...

menangis

Image
Assalamulaikum ... Lama dah rasanya tak menjenguk blog ni hemmm . Bukan apa dua tiga menjak ni aku sedih sangat , kau tahu mengalir air mata dara aku time post kat blog ni, ok melampau tu takdelah sampai mengalir air mata ,dara pulak tu setakat mengalir air liur dua tiga titik tu adalah ha ha ha pengotor gampang aku ni . Sebab aku sedih? Tak payahlah aku cerita bukan apa aku rasa macam nak simpan sesorang je cerita aku ni . Mesti bengang kan ? Dah tak nak cerita buat apa kekecoh kabo sedih? Eh suka hati aku lah blog aku kan, tak puas hati pergi buat blog sendiri nuh , Shuh shuh *time kau sebut shuh shuh tu sila muncungkan mulut panjang kekira 6 inci ok* Tapi janganlah fikir aku sedih sebab aku kena tinggl boypreng ke , kena cabul ke , anak itik aku mati ke yang pasti tiada kaitan dengan kematian mahupun orang lain yang masih hidup , yang dah meninggal takpun yang tengah kekorek idung sambil baca belog aku ni hah *mana yang tak korek idung tu pun bukan jugak*. Kesedihan aku ni bole...

Beras? masak

Image
Assalamualaikum.. Setelah berkurun lamanya akhirnya aku berjaya melepaskan diri dari cengkaman apa tahu dan bejaya mengepost di blog aku yang boleh di naik taraf sebagai blog pusaka ni , ok tak payah nak over sangat sebanarnya aku malas ok. Malas nak update blog kau tahu . Apa ingat senang nak update blog? Ok memang senang update Cuma on laptop , sign in google and update blog Cuma tang nak menaip tu , Duhh malasnya macam ada setan bergayut-II kat jari manis tahap diabetis aku ni hahahaha kau tengok setan pulak dipersalahkan . Untuk post kali ni tak banyak sangat benda menarik aku nak cerita , yelah aku ni setakat duduk rumah ternak lemak yang semakin menebal lebih kurang tebal buku rujukan biologi tu , jadi kerja aku Cuma buat benda-II biasa remaja lain buat Twittering , faceboking , youtubing , stalking , keeking dan berbagai lagi and make sure kau tambah ‘ing’ kat belakang macam aku buat tu hah . Masuk hari aku update blog ni rasanya dah lima bulan aku duk menghabiskan beras...

How to wear songkok

Image
Assalamualaikum.. Berdasarkan tajuk yang di paparkan di atas , kekompem tutorial nak pakai songkok . Mesti korang pelik lahabau mende nak buat tutorial songkok . Budak Empat tahun pun pandai nak pakai songkok . Eh sukahati hambe lah nak buat tutorial ape. Lagipun motif sebenar kebosanan dan kepingin nak update blog . Lagipun apa salahnya buat tutorial songkok kan. mane lah tahu mat salleh , mat bangla tak pun mat luthfi , Eh? yang tak pandai nak pakai songkok bolehlah rerujuk blog saya ni kan kahkahkah *cam gampang mane ada orang tak pandai nak pakai songkok , ape susah letak je atas pale* . K sebenarnya kat twitter ritu adalah dua ketul kenkawan aku duk tanye "ada tak tutorial untuk lelaki?" , pastu Luq asyik tweet "Tutorial kopiah" . Ada lah lam pat lima kali dia tweet mende tu. Tu yang tetibe muncul idea nak buat tutorial ni. Untuk lelaki . lagipun aku fikir-II balik kalau jumpa tutorial mesti make-up lah , pakai shawal lah , dress-up lah . Takde lagi aku jumpa...

18 TAHUN

Image
Assalamualaikum .... Hari ini seperti biasa tiada yang luar biasa . Adam Levine still lagi tak reply mention aku kat twitter . Aku masih lagi tidak bersuami mahupun ber anak . Rosmah Mansor pun masih dengan style rambut beliau , di mana menyerupai rambut aku ketika baru bangun tidur , dan mampu membuat adik aku parkinson melihat aku di subuh hari kerana menyangka Rosmah Mansor menceroboh bilik beliau .  Ok cukuplah pasal style rambut Rosmah Mansor yang hangat macam cekodok pisang kat Malaysia ni kalah ngan Adam Levine aku . Kang tak memasal blog aku di cop sebagai "si Rambut Rosmah" pulak. Tujuan murni aku  berlegar-II di ruang blog macam "Hantu Susu" pada hari ini adalah kerana sesaje . Di ulang SESAJE k . Time kau baca tu rapatkan kedua-II gigi kau pastu baru sebut dengan dagu mendonggak sikit . kalau ada sesape yang buat apa yang aku suruh ni , memanglah jendul kuasa tiga . Dah kalau sesaje kau menggedik nak berblog apahal? Ok sekali lagi aku keliru dengan di...

Hikayat Berkayat

Image
Assalamualaikum ... Di hari minggu yang kelapangan menyebabkan aku mengambil keputusan untuk kentut di blog sendiri . Dan sejujurnya aku tak mandi lagi time update blog ni *perlu ke cakap bangang?* Eh blog aku sukahati lah . Menyampah sila tekan pangkah di belah kanan komputer anda , switch off dan pergi Gangnam Style sana . Mesti rasa nak bagi pelempang perisa kicap kat aku kan? . Ok abaikan , biasalah remaja cemerlang di hujung minggu bila bangun pagi kebiasaanya akan mengambil masa untuk pergi mandi lebih kurang masa untuk seorang ibu beranak , boleh disenarai sebagai kacip-II kerbau sedunia, dan berakhir dengan jeritan ala-II rockers Ramli Sarip oleh ibunda tercinta menyuruh bersiram kerana rupa anaknya yang tiada beza dengan kerbau di sawah . Ala korang pun buat macam tu jugak kan? Ke aku sorang je yang buat? *kunyah stokin* . kahkahkah ape aku merepek ni , Intro saja dah satu perenggan --' . padahal nak cite bende lain , orang hebat karangan kan nak buat guane *golek masuk ...

Aku kantoi .......

Assalamualaikum ..... Berdasarkan tajuk yang tertera di atas bunyinya macam aku buat sesuatu yang jahat dan kejam lalu kantoi , ouh :O . Okay-II jangan ingat aku kantoi merompak ke , membunuh ke ataupun mencabul seseorang. Tiada kaitan dengan jenayah yang mampu masukkan aku di dalam kandang kambing , eh maksud aku penjara . Ianya cuma jenayah hati . waohhhhhh *mulut terbeliak , mata lima posen* . Ok-II aku merepek . Gini lah aku straight to the point senang *tarik nafas, korek hidung* k aku pengotor jap --' , aku kantoi dengan seseorang pasal blog aku . Dasyat tak ? ok tak dasyat sila baling saya dengan kasut Nike anda . Memanglah dasyat bagi aku sebab aku tulis pasal orang tu dan dia ialah crash  crush aku . Oh Mak Saya , malunya muka lima posen saya ni -//- . Time tu aku rasa macam orang paksa aku minum air milo yang bercampur air oren dan ditambah perisa dengan kicap . Ok tang tambah kicap tu yang aku tak nak minum . Amende pulak aku cakap pasal air ni . Sebenarnya aku cuma na...

Bila Sekolah

Image
Assalamualaikum dan selamat sore semua ya *nada indon , mulut menyenget* Aku tak kan tiup habuk mahupun meyapu habuk di blog aku kali ini. Cukuplah dengan mengemop saja .Hal ini kerana *tolong faham BM aku A+* aku semakin rajin mengupdate blog kebelakangan ini. Aku rasa mungkin sebab keputusan SPM yang kian menjelma < k ini tak sabet> Bila cakap pasal result SPM aku yakin semua batch tahun 95 kemungkinan akan parkinson sebentar mahupun ada yang terkena sawan tapir apabila mengingatkan keputusan tambahan lagi yang result dia dulu-II ala-II kentut tak berbunyi macam.... macam aku lahh . Siapa lagi  .. Duh bila ingat balik zaman sebelum exam SPM dulu aku rasa aku lah manusia yang paling tenuk mengandung 8 bulan . Bayangkan SPM sebulan lagi tapi aku masih mampu bergolek-II atas katil kat asrama macam tenggiling sawan . Kat kelas pulak bila time Fizik , aku lah orang pertama yang menitiskan air liur yang masih segar *tak basi* padahal subjek fizik lah yang paling aku nak minum...

Warkah Buat Crush

Image
Assalamualaikum.... Ke hadapan crush mahupun nama saintifiknya "orang yang di minati" . warkah ini khas untuk anda *menari Harlem Shake*.Di sini ingin ku sampaikan sewarkah blog untuk mu bukan kerana aku menghidapi barah mahupun AIDS *HOUMAYGAWD* yang dijangka meninggal 3 bulan ataupun seminggu lagi tetapi kerana saja nak update blog pasal crush . Berbalik kepada niat asal, tak kisahlah kau baca ke tak warkah aku ini kerana <namapun crush , kau pun tak tahu kau jadi crush aku> cuma aku harap kau tahu apa yang aku buat selama kau jadi crush aku *bunyi macam stalker tapi bukan. Di ulang bukan * Kalau kau nak tahu dulu time sekolah aku penat usha kau sampai dah naik terteleng-II kepala aku time tengok kau tepi tingkap , mata dah naik kematu asyik tenung kau kat kelas. Time tu kalau Azwan Ali menari Gangnam style tepi aku pun aku tak amik pusing sebab mata dah asyik terlekat kat muka shomel kau :3 . Waima anda tengah korek hidung dengan begitu rakus sekali , aku hanya p...

APA NAK JADI

Image
assalamualaikum Rajin pulak aku mengupdate blog petang ni. Bukan apa kesumbatan aku di petang hari ini sudah mencapai kuasa laser bazuka tahap patblas darab kuasa tiga *phew* sumbat tu. Jadi aku pun dengan gagahnya membiarkan tangan aku menari-II ala gangnam style atas keyboard lappy aku nih. Yeahhh <k bunyi macam sakai>. tiada apa cerita yang menarik lagi tertarik untuk diceritakan cuma hari Ahad ini iaitu bersamaa tulat dari hari hari aku update blog nih *k pening ngan ayat keling sendiri * adalah hari temuduga hamba di IM . temuduga untuk UiTM . sebenarnya hamba malas nak pergi , nok-II lagi temuduga bagai. Mahunye dapat penemuduga yang garang macam cikgu displin aku time sekolah dulu tak ke tercirit aku nanti. k aku fikir jauh sangat. Tapi bila memikirkan ayah aku yang terover excited nak suruh aku pergi sebab kata abah "grab the chances"dan aku pulak memikirkan " result aku selama ni dah lah ala-II kentut tak berbunyi jadi sementara peluang ada baik aku perg...