Posts

Showing posts from June, 2013

Ramadhan

Image
Assalamualaikum..... Di petang yang hening lagi bening ni , sesedap aku mengunyah kopok sambil bergolek-II atas lantai dalam bilik macam tenggiling kehausan ditambah dengan alunan lagu kepop gangnam style tetibe adik aku kecoh pasal Bulan Puasa nak dekat . Kecoh bukan apa tapi sebab tak ganti lagi puasa dari tahun lepas pastu mulalah cecuak puasa nak dekat takut kan tahun depan kena ganti double puasa. Almaklumlah duduk kat rumah ni bila time nak ganti puasa maka godaan syaiton nirojim kemain lagi menggoda kau persis wanita pisau cukur . Nak-II lagi bila mak kau masak time lunch tu mulalah memasing yang tengah ganti puasa meleleh air liur macam air terjun . Aku yang dalam bilik ni mendengar jelah kekecohan adik-II aku kat ruang tamu pasal puasa nak dekat. Yang best bila ada yang dah berangan nak baju raya sampai sepuluh pasang , hamek kau tu bukan nak beraya tapi nak bukak butik baju raya teghuh. Dalam kekecohan itu maka aku pun teringat zaman puasa aku time kekecik and kat asrama de...

pesanan buat bakal suamiku

Assalamualaikum.... Buat bakal suamiku , tujuan pesanan ini dibuat untuk mu kerana saya ingin berterus terang tentang segala benda yang tidak terang selama ini sebelum kita bernikah dan melayari bahtera kapal titanic agar tidak tenggelam terlanggar batu karang kelak. Almaklumlah dirimu yang malap-II macam bangla ,  ok saya sedikit bergurau jangan ambil hati . Sejujurnya saya  mengatakan bahawa pertama kali kita bersua rupa , awak dah jatuh hati dekat saya. Saya tak terkejutlah sebab saya sedar saya ni cantik macam Miranda Kerr , badan pun selim kalah Neelofa kan jadi memang patut lelaki kaya macam awak nak kat saya kan. Ok kalau nak buang saya kat gurun Sahara pun dah boleh ni sebab over perasan . Saya ingat lagi pertama kali awak nampak saya tak berkelip mata awak, saya ingatkan time tu ketiak saya berpeluh sebab saya baru lepas lari balapan dikejar anjing gila sawan, puas saya angkat ketiak saya tapi takde peluh pun. Lepas tu tetibe awak panggil sorang budak bangla suruh...