Posts

Assalamualaikum.... Bila kita tengok kiri , tengok kanan , tengok belakang , tengok depan ... serentak , ok tak boleh buat serentak lah kena kan tengok sesatu . Motif aku suruh tengok kiri kanan depan belakang? ok jujurnya takde motif sangat aku cuma nak cakap kita dalam kehidupan yang Allah bagi pinjam sementara ni ada dua pilihan je. Jadi baik atau jadi bangang . Manusia dalam dunia ni pun ada dua jenis je , yang jahat dan yang baik. tak setuju? Eh lantak lah kisah apa pulak aku . Sebab aku berbicara sebegitu rupa mengatakan ada jahat dan baik? Sebab fitrah manusia memang macam tu . kalau kau nak kata dia boleh jadi baik dengan jahat , manada orang buat jahat dengan baik sekaligus kan? Ada ? emm lantaklah korang . kesimpulannya entry aku kali ni yang panjangnya cuma sejengkal cacing kerawit tak cukup bulan adalah ingin mengatakan 'Kau boleh jadi bagus atau bangang. Pilih salah satu' .

pesanan buat anak-II ku

Image
assalamualaikum, warkah ini ditujukan khas buat anak-II ibu yang ibu kandungkan selama sembilan bulan di dalam usus kecil ibu ini . Tujuan ibu menulis warkah ini hanya untuk menyuarakan kerinduan ibu terhadap anak-II ibu . Bila anak-II ibu dah semakin dewasa , ibu pun makin tua tapi masih cantik lagi lah ala-II Neelopa tu sebab ibu ni pakai susuk , ok ibu gurau je , Ibu cucuk bottox je pun tak main susuk-II ni kan. Ibu sebenarnya sunyi sejak kematian suami ibu a.k.a ayah engkorang lah kan . Kalau dulu ada lah jugak teman ibu nak main congkak sesama kan sekarang ni korang asyik sebuk aje jadi tinggallah ibu sensorang dok main congkak dalam laptop . Ibu bukan nak mengungkit ke apa lah kan tapi mengungkit lah ni sikit , engkorang ingat tak dulu time kecik-II bila malam-II je pukul dua tiga pagi korang bangun menangis mintak susulah , berak dalam pampers lah ada anai-II gigit kaki lah . Walaupun ibu ni penat gila bangang tetiap hari duk mengumpat ngan jiran sebelah tapi ibu bangun jugak ...
Image
Assalamualaikum... It's been awhile i didnt update my blog , been awhile periuk kau kemain lama tak update nak dekat dua tahun tak update blog . Kalau blog ni macam roti dia punya kulat hijau tu dah tumbuh siap boleh jadi perumahan dan kawasan perindustrian kulat-II sedunia lagi. Waima banyak benda yang terjadi dan berlaku semasa proses pertumbuhan kulat-II dalam blog aku ni tapi disebabkan tiada masa dan waktu diulang MASA dan WAKTU maka blog aku ditumbuhi sang kekulat tanpa diupdate. Ceh kekonon takde masa ajet-II dah jadi presiden enkau ni padahal baru student . Disebabkan aku jadi student lah masa aku menjadi terhad kepada tidur kelas assigment tidur lepak makan tidur exam. nampak tak dia punya tidur tu? Itu yang takde masa nak update blog. lagipun difikir balik siapa je baca blog kulat aku ni kan? paling tidak pun adik aku yang duduk sebelah aku ni dari tadi duk usha aku menaip. Itu ajelah kan. Btw cukuplah pasal kulat apa teruskan kepada agenda utama aku nak update blog. ...

suatu hari raya

Image
Assalamualaikum... sekian lama tak mengupdate blog , dah macam tuan punya blog ni dah jadi arwah gayanya . Kalau di ikutkan, dah boleh naik taraf blog ni taraf blog pusaka untuk warisan anak cucu . Boleh pamer kat muzium jadi blog antik lagi . ok ayat kau nak over melampau kan. Niat di hati memang banyak kali nak update. Tapi kemalasan nak on lappy , sign in , loading ,makan cekedis, taip , tunggu , kencing , post itu yang macam emmmm emmmm esoklah buat . Nak-II lagi bila dah bergelar student UiTM ni orang kata sibuk lah dengan kelas kan *flip assigment , padahal pantang balik bilik membuta je kerja aku . bukan apa pantang aku masuk bilik je dah terjojol katil aku dengan bantal busuk mana nak tahan nafsu guling-II atas katil lepas tu buat peta vietnam atas bantal busuk aku kan. kesudahanya tak bersudah dengan tidur aku. Disebabkan sekarang ni musim raya , bila kat rumah kurang sikit godaan katil dengan bantal busuk aku tu sebab  dalam bilik kan. Masuk rumah baru nampak ruang ta...

Ramadhan

Image
Assalamualaikum..... Di petang yang hening lagi bening ni , sesedap aku mengunyah kopok sambil bergolek-II atas lantai dalam bilik macam tenggiling kehausan ditambah dengan alunan lagu kepop gangnam style tetibe adik aku kecoh pasal Bulan Puasa nak dekat . Kecoh bukan apa tapi sebab tak ganti lagi puasa dari tahun lepas pastu mulalah cecuak puasa nak dekat takut kan tahun depan kena ganti double puasa. Almaklumlah duduk kat rumah ni bila time nak ganti puasa maka godaan syaiton nirojim kemain lagi menggoda kau persis wanita pisau cukur . Nak-II lagi bila mak kau masak time lunch tu mulalah memasing yang tengah ganti puasa meleleh air liur macam air terjun . Aku yang dalam bilik ni mendengar jelah kekecohan adik-II aku kat ruang tamu pasal puasa nak dekat. Yang best bila ada yang dah berangan nak baju raya sampai sepuluh pasang , hamek kau tu bukan nak beraya tapi nak bukak butik baju raya teghuh. Dalam kekecohan itu maka aku pun teringat zaman puasa aku time kekecik and kat asrama de...

pesanan buat bakal suamiku

Assalamualaikum.... Buat bakal suamiku , tujuan pesanan ini dibuat untuk mu kerana saya ingin berterus terang tentang segala benda yang tidak terang selama ini sebelum kita bernikah dan melayari bahtera kapal titanic agar tidak tenggelam terlanggar batu karang kelak. Almaklumlah dirimu yang malap-II macam bangla ,  ok saya sedikit bergurau jangan ambil hati . Sejujurnya saya  mengatakan bahawa pertama kali kita bersua rupa , awak dah jatuh hati dekat saya. Saya tak terkejutlah sebab saya sedar saya ni cantik macam Miranda Kerr , badan pun selim kalah Neelofa kan jadi memang patut lelaki kaya macam awak nak kat saya kan. Ok kalau nak buang saya kat gurun Sahara pun dah boleh ni sebab over perasan . Saya ingat lagi pertama kali awak nampak saya tak berkelip mata awak, saya ingatkan time tu ketiak saya berpeluh sebab saya baru lepas lari balapan dikejar anjing gila sawan, puas saya angkat ketiak saya tapi takde peluh pun. Lepas tu tetibe awak panggil sorang budak bangla suruh...

tips untuk kurus

Image
Assalamualaikum Disebabkan bosan jadi aku decide nak buat tips untuk post aku kali ni iaitu "kurus" . Almaklumlah kan aku ni antara golongan wanita yang berbadan selim tahap model Victoria Secret's tu , yang kalau peposing depan kamera fulamak , ok aku dah start riak ni  campur kekembang idung sesorang , Astagfirullah . Ok cukuplah dengan riak tak berniat aku tu, kita kembali kepada tujuan asal aku yang sebenarnya . Tips aku ni banyak aku cedok dalam artikel , gugle and majalah so bukannya aku memandai cedok tips ni dalam longkang ke hape kan so jangan risaulah tips ni boleh diguna pakai cuma mungkin penggunaan bahasa aku nanti yang sedikit over , biasalah eksited pes time buat tips kat blog. Tambahan kalau ikut siasatan aku Kadar Obesiti di  Malaysia adalah pada ranking ke-6 daripada 48 buah negara Asia. Ok tak bangga sangat lah kan tak dapat ranking first tapi kira teruk lah tu Obesiti kat Malaysia ni . Bendalah yang orang Malaysia ni makan sampai dapat ranking cemerl...