Beras? masak


Assalamualaikum..
Setelah berkurun lamanya akhirnya aku berjaya melepaskan diri dari cengkaman apa tahu dan bejaya mengepost di blog aku yang boleh di naik taraf sebagai blog pusaka ni , ok tak payah nak over sangat sebanarnya aku malas ok. Malas nak update blog kau tahu . Apa ingat senang nak update blog? Ok memang senang update Cuma on laptop , sign in google and update blog Cuma tang nak menaip tu , Duhh malasnya macam ada setan bergayut-II kat jari manis tahap diabetis aku ni hahahaha kau tengok setan pulak dipersalahkan .
Untuk post kali ni tak banyak sangat benda menarik aku nak cerita , yelah aku ni setakat duduk rumah ternak lemak yang semakin menebal lebih kurang tebal buku rujukan biologi tu , jadi kerja aku Cuma buat benda-II biasa remaja lain buat Twittering , faceboking , youtubing , stalking , keeking dan berbagai lagi and make sure kau tambah ‘ing’ kat belakang macam aku buat tu hah .
Masuk hari aku update blog ni rasanya dah lima bulan aku duk menghabiskan beras dan membuang sisa beras kat rumah aku tanpa cukai mahupun bayaran sewa , ok melampau kenyataan aku tu . Nak kerja rasanya dah cukup sebulan aku kerja setakat cari duit nak beli eskrem tu . jadi dalam masa empat bulan ni aku menghabiskan duit aku tu beli eskrem je ok aku gurau tu . jadi sebagai merangkap anak sulung , anak dara dan anak yang menganggur serta lepasan SPM maka aku pun mencuba sesuatu di rumah . Bukannya menjadi superhero macam citer Ironman tu takpun cari labah-II suruh gigit aku tapi kerja yang semua perempuan wajib tahu iaitu beranak, ok aku gurau memasak sebenarnya . Di pendek kata aku belajar memasak bergurukan google dan youtube . Nanti kalau esok-II aku kawen , aku masak sedap aku suruh laki aku berterima kasih kat google dengan youtube je hahahahaha ok tak lawak. Setakat proses pembelajaran memasak aku , Alhamdullilah dapur rumah aku elok lagi , keluarga aku pun takdok lagi yang masuk ICU lepas makan , lagipun aku memang dah biasa kat dapur jadi Cuma belajar masak ikut resepi je . Nampak tak riak aku di situ , Astagfirullah. Haha kesimpulannya aku dah kira lulus dalam bab memasak sebab masakan aku memang dipuji hehehehe , perasaan bila dipuji orang tu aku rasa kembang kempis menusuk lubang idung aku ni hah . kalau boleh aku nak senyum sampai naik kebas punya seronok. Iyelah kau belajar sesusah pastu masak sesusah then benda tu menjadi siapa tak seronok yedok . Aku rasa sampai disini sahaja story aku yang tak berapa releven dan tak  boleh dibuat movie ni. Kalau korang mengharapkan gambra masakan aku tunggu aku amek lam mankuk toilet , ok jijik ni. Maksud aku makanan aku masak tu dah selamat dicerna dalam perut family aku. Aku bukan jenis amek gambar makanan and tak tak pernah terlintas nak amek gambar makanan bukan apa baik aku amek gambar aku lagi comel dari gambar makanan ok ini hahahahahhambar :D .






Amboi comel noo makanan ni, sayang nak makan . Ok sekali lagi tak lawak pun . kenal ni siapa? Tak kenal? Ahh lantak sape suruh tak kena. Yang pasti gambar ni menjadi twitcon aku di twitter. Walaupun tak sabet melayang ke twitcon twitter tapi blog aku , sok sukahati beta lah nak tulis apa . kbai

Comments

Popular posts from this blog

tips untuk kurus

Ramadhan