Warkah Buat Crush

Assalamualaikum....

Ke hadapan crush mahupun nama saintifiknya "orang yang di minati" . warkah ini khas untuk anda *menari Harlem Shake*.Di sini ingin ku sampaikan sewarkah blog untuk mu bukan kerana aku menghidapi barah mahupun AIDS *HOUMAYGAWD* yang dijangka meninggal 3 bulan ataupun seminggu lagi tetapi kerana saja nak update blog pasal crush . Berbalik kepada niat asal, tak kisahlah kau baca ke tak warkah aku ini kerana <namapun crush , kau pun tak tahu kau jadi crush aku> cuma aku harap kau tahu apa yang aku buat selama kau jadi crush aku *bunyi macam stalker tapi bukan. Di ulang bukan *

Kalau kau nak tahu dulu time sekolah aku penat usha kau sampai dah naik terteleng-II kepala aku time tengok kau tepi tingkap , mata dah naik kematu asyik tenung kau kat kelas. Time tu kalau Azwan Ali menari Gangnam style tepi aku pun aku tak amik pusing sebab mata dah asyik terlekat kat muka shomel kau :3 . Waima anda tengah korek hidung dengan begitu rakus sekali , aku hanya pandang dengan penuh senyuman seperti melihat Anugerah Bintang Popular.

Kalau time rehat , aku selalu tercari manakah gerangan empu diri mu sampai tertumpah-II kuah sambal   makcik kantin time isi dalam nasik lemak seterusnya bakal mendapat balingan pinggan melayang ala-II boomerang oleh mak cik kantin . Tapi kalau dah angau apa-II pun aku tak kisah. Sambil makan nasik lemak, aku merenung jauh dirimu yang melahap nasik lemak makcik kantin macam ibu gajah mengandung lapan bulan dan ku rasakan dirimu begitu pelahap sekali.SubhanaAllah perangai --'.

Bila waktu balik menjelma , aku selalu tunggu kau keluar kelas dulu kononnya nak berjalan belakang kau. Bila aku ketinggalan jauh kat belakang, aku kejar kau macm orang nak terberanak Huduh sungguh diriku waktu itu --'  . Tapi apakan daya demi nak tengok diri mu berjalan pulang ke asrama telah mengatasi segala-II nya.

kawan-II aku cakap tak berbaloi suka kat kau  yang kaya-raya sedangkan diri aku cuma anak kampung *k itu tipu* . Bila difikirkan balik betul apa yang kawan-II aku kata.. Ayah kau kaya dan mempunyai gudang emas belakang rumah . Tetapi disebabkan itu aku semakin bertambah over excited nak usha kau macam pondan dapat kahwin. Biar aku kikis harta bapak kau sampai haus sehaus tapak kasut sekolah aku time tu. Lagipun tu harta bapak kau bukan harta kau .

Harapan aku cuma satu, aku harap kau dapat suka aku balik tapi apakan daya kau tak pernah nak pandang aku walaupun aku ni cantik macam hantu Kak Limah . Aku tahu bila kau baca warkah aku ni mesti kau akan cakap ape kes minah kepala berlubang nih. mesti kau rasa nak hantar aku balik Planet Matoki kan?Tapi orang-II tua yang masih tak nyanyuk selalu berkata "cinta itu buta" . tapi aku tak lah buta mana sampai nak teraba-II kau disebabkan butanya cinta itu.

Bila time belajar aku selalu curi pandang kau. Nampak ketidakfokusan aku disitu .sebabtu result aku macam kentut lembu. Astaga.Time kau tersengguk-II kat meja tahan mengantuk Nauzubillah huduh betul aku tengok. Dengan mulut ternganga, air liur nak menitik-II tapi itu yang menambah kekiutan kau macam anak kucing baru lahir :D. tiap kali kau senyum kat aku, aku rasa macam nak tolak je kau jatuh dari bangunan kelas sebab terlampau gembira. Setiap kali kau duduk sebelah aku kat kelas dan borak-II ngan aku , Aku rasa macam nak koyak-II baju aku keluarkan jantung aku yang berdegup kencang macam pelari Usain Bolt tu tapi aku tahan , tak kan nak koyak baju dalam kelas pulak. Jadi kes mencabul pulak nanti --'.

Setiap kali kau mencarut dalam kelas menggunakan bahasa BI sebab nak suruh kawan-II kita senyap, aku mampu tergelak seorang sebab kau memang kaki mencarut. Kalau difikirkan balik perangai kau memang tak senonoh yang amat tapi itu yang membuatkan aku semakin suka kat kau. Bahkan kau penah cakap aku kawan perepuan kau yang paling bangang pernah kau ada. Bangang kan kau cakap aku macam tu? Hahaha.Tapi satu hari tu aku dengar kau suka kat minah dari kelas hujung dunia. Kau tahu betapa hancurnya hati aku time tu macam hancurnya hati Zayn dalam cite Setia Hujung Nyawa bila Zayn tahu El dah tak dara --' . Tapi aku buat donno je . nak-II lagi minah yang kau suka tu jauh lagi cun + hot + kaya dan berplus-II lagilah eh .Tapi yang best bila minah tu dah ada empunya diri wakakaakaka *gelak mak lampir* padan muka kau. bangang tak aku gelakan orang? biar kau rase pedihnya hati memendam rasa. Macam tahan kentut tau.Seksa wehhh.Tapi kau tak putus asa kot. Malahan kadang-II aku rasa kau gunakan aku untuk kasi pomp tu jeles bila dia reject kau, tapi bukan dengan amik aku sebagai awek lah . tapi dengan ah malas nak cite. Yang pasti kau memang badigol sebab guna-II kan aku. Ada paham?

Aku rasa cukuplah warkah aku untuk kau. dah termuntah pelangi belaka baca warkah aku untuk kau nih . sebaldi gamoknye. K lah kepada crush aku semoga di kau berbahagia di luar sana bersama awek-II yang cun melecun lagi hot. aku harap janganlah kau lupakan aku yang comel lote nih. k belaka boleh prepare mankuk jamban gi muntah dalam tu. k bai

                                                                                                                                          Sincerly,

                                                                                                                             
                                                                               







                                                                       

Comments

Popular posts from this blog

tips untuk kurus

Ramadhan